Pakej Percutian Egpyt
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Percutian Egpyt

Egypt

Tour highlights

Kenali Mesir melalui lawatan Giza, kawasan Fayoum dan beberapa persinggahan sejarah Cairo. Alexandria menambah suasana berbeza di antara pengalaman bandar serta warisan.

Giza dan Fayoum membawa anda mengenali sisi alam serta warisan Mesir. Lawatan Alexandria, Citadel Sultan Salahuddin dan kawasan Al-Azhar menambah kisah bandar serta sejarah dalam perjalanan ini.

Maklumat pakej

Tempoh7 hari · 5 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KUALA LUMPUR – CAIRO (MM)

Makanan: MM

KUALA LUMPUR – CAIRO (MM)
Perjalanan bermula dengan berlepas dari KLIA menuju ke Kaherah. Setibanya di lapangan terbang Cairo, para pelancong disambut mesra oleh pemandu pelancong yang akan mengiringi sepanjang lawatan. Selepas itu, mereka menikmati makan malam sebelum mendaftar masuk dan berehat di hotel.
2HARI 2CAIRO – GIZA – CAIRO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO – GIZA – CAIRO (MP/MT/MM)
Pada awal pagi, para pelancong menikmati sarapan di hotel sebelum memulakan lawatan ke Piramid dan Sphinx yang terkenal di Giza. Selepas puas bergambar dan meneroka, mereka menikmati makan tengah hari di sebuah restoran tempatan. Lawatan diteruskan ke kilang minyak wangi, diikuti dengan kunjungan ke kilang papirus untuk melihat bagaimana kertas purba Mesir dihasilkan. Menjelang petang, mereka dibawa menikmati makan malam sambil belayar di atas Sungai Nil dengan kapal pelayaran.
3HARI 3CAIRO – ALEXANDRA – CAIRO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO – ALEXANDRA – CAIRO (MP/MT/MM)
Selepas menikmati sarapan di hotel, para pelancong bertolak menuju ke bandar Alexandria yang terletak di pesisir Laut Mediterranean. Setibanya di sana, lawatan dimulakan dengan melawat Kubu Sultan Qaitbay yang bersejarah, diikuti dengan keindahan Taman Montaza, perpustakaan moden Alexandria, Masjid Al Morsy Abu al-Abas, serta makam Nabi Daniel A.S. Makan tengah hari disajikan dengan hidangan makanan laut segar khas Alexandria. Setelah itu, rombongan bertolak semula ke Kaherah untuk menikmati makan malam dan bermalam di hotel.
4HARI 4CAIRO - FAYOUM CITY – CAIRO
CAIRO - FAYOUM CITY – CAIRO
Awal pagi, rombongan bertolak menuju ke Fayoum, sebuah kawasan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sejarahnya. Setibanya di bandar Fayoum, mereka memulakan ziarah ke Kincir Air Nabi Yusuf A.S yang bersejarah. Kemudian, lawatan diteruskan ke Tasik Qarun, salah satu tasik semula jadi tertua di Mesir, diikuti dengan kunjungan ke Jabal Mudawwarah.
Seterusnya, rombongan menuju ke kawasan Wadi Rayyan untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti makan tengah hari, mandi di air terjun, mencuba sandboarding di bukit pasir, menaiki sampan, menunggang kuda, dan safari offroad yang mencabar.(Aktiviti pilihan) Setelah selesai aktiviti, rombongan bertolak pulang ke Kaherah dan tiba semula di ibu kota untuk berehat.
5HARI 5SULTAN SALAHUDDIN CITADEL & MOSQUE AND AL-AZHAR UNIVERSITY (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SULTAN SALAHUDDIN CITADEL & MOSQUE AND AL-AZHAR UNIVERSITY (MP/MT/MM)
Hari dimulakan dengan sarapan pagi di hotel, sebelum rombongan memulakan lawatan ke Kota Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang penuh sejarah. Seterusnya, mereka mengunjungi Masjid Al-Azhar dan Universiti Al Azhar, salah satu institusi Islam tertua dan paling berpengaruh di dunia. Lawatan diteruskan ke Masjid Saidina Al-Hussein, tempat yang menjadi tumpuan ramai untuk berziarah dan menimba ilmu rohani.
Setelah itu, para pelancong dibawa membeli belah dan menikmati suasana tradisional di Bazaar Khan El Khalili, yang terkenal dengan pelbagai cenderamata, barangan antik, dan makanan tempatan. Makan tengah hari dan makan malam disajikan di restoran tempatan, sebelum rombongan kembali ke hotel untuk bermalam dan berehat.
6HARI 6CAIRO (MP/MT)

Makanan: MP/MT

CAIRO (MP/MT)
Selepas menikmati sarapan di hotel, rombongan memulakan lawatan ke Muzium Mesir – muzium arkeologi tertua di Timur Tengah yang menempatkan koleksi terbesar peninggalan zaman Firaun di dunia. Pelawat berpeluang menyaksikan sendiri artifak berharga dan kisah peradaban purba Mesir yang menakjubkan.
Lawatan diteruskan ke Maqam Imam Shafie’, tokoh agung dalam mazhab Syafie, diikuti dengan kunjungan ke Masjid Amr ibn Al-As, masjid pertama yang dibina di Afrika. Setelah selesai, para pelancong menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
7HARI 7KUALA LUMPUR ARRIVAL (MOB)

Makanan: MOB

KUALA LUMPUR ARRIVAL (MOB)
In Shaa ALLAH selamat tiba di KLIA 1

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket Penerbangan kelas ekonomi oleh syarikat penerbangan antarabangsa dengan elaun bagasi
Penginapan selama 5 malam di Kaherah dengan sarapan pagi setiap hari
Makan tengah hari dan makan malam di restoran tempatan
Lawatan mengikut jadual perjalanan
Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas
Pemimpin lawatan
Bas berhawa dingin dengan pemandu berpengalaman
BONUS: Makan malam pelayaran di Sungai Nil
Tidak termasuk
Insurans perjalanan
Perkhidmatan dobi, minibar dan perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Perkhidmatan atau lawatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Normal Season – RM 6,799/pax
Mid Season – RM 7,199/pax
Super Peak Season – RM 7,699/Pax

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

Hubungi kami untuk pilihan tarikh dan harga terkini.

Harga bermulaRM6,799
Saya berminat