Pakej ke Egypt
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej ke Egypt

Egypt

Tour highlights

Rentasi beberapa kawasan Mesir dari Alexandria hingga Luxor. Laluan panjang ini menggabungkan lawatan bandar, kawasan warisan dan pengalaman perjalanan kereta api.

  • Cairo dan Alexandria membuka perjalanan sebelum anda menuju Fayyoum, Aswan serta Luxor.
  • Perjalanan kereta api dari Luxor ke Cairo menjadi sebahagian pengalaman, disusuli lawatan Giza.
  • Laluan ini memberi ruang mengenali beberapa kawasan Mesir dalam satu trip.

Maklumat pakej

Tempoh10 hari · 8 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KUALA LUMPUR – CAIRO (MOB)

Makanan: MOB

KUALA LUMPUR – CAIRO (MOB)
Setibanya anda di KLIA 1, berkumpul bersama peserta lain untuk sesi taklimat dan daftar masuk penerbangan. Perjalanan anda menuju ke Kaherah, ibu kota Mesir yang sarat dengan sejarah purba dan keagungan Sungai Nil, pun bermula. Ketibaan di Kaherah disambut oleh wakil pelancongan, sebelum anda dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Nikmati pemandangan malam Kaherah yang penuh pesona dan misteri peradaban Mesir kuno.
.
2HARI 2CAIRO – ALEXANDRIA – CAIRO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO – ALEXANDRIA – CAIRO (MP/MT/MM)
Pagi ini, anda akan memulakan lawatan ke Qaitbay Citadel, sebuah kubu bersejarah abad ke-15 di Alexandria, yang dibina di tapak Light -
house of Alexandria yang terkenal. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Masjid & Makam Abu Abbas Mursi, sebuah masjid besar dan makam seorang ulama Islam yang terkenal. Anda juga akan melawat Makam Imam Busairi dan Makam Nabi Daniel, tempat bersemadinya tokoh-tokoh penting dalam sejarah Islam. Tidak ketinggalan, lawatan ke MakamLuqman Al-Hakim, dikenali sebagai tokoh bijaksana dalam tradisi Islam. Selepas itu, perjalanan diteruskan kembali ke Cairo untuk berehat dan bermalam.
3HARI 3CAIRO – FAYYOUM (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO – FAYYOUM (MP/MT/MM)
Hari ini, anda akan menuju ke Fayyoum, sebuah kota bersejarah yang dipercayai pernah diperintah oleh Nabi Yusuf a.s. semasa zaman pemerintahannya di Mesir. Lawatan diteruskan ke Istana Qarun dan Tasik Qarun, lokasi yang dikaitkan dengan kisah Qarun, sambil menikmati pemandangan semula jadi yang menenangkan. Anda juga akan dibawa ke Wadi El-Rayan, kawasan simpanan semula jadi yang menempatkan air terjun padang pasir yang menakjubkan. Bagi yang sukakan cabaran, anda boleh memilih aktiviti tambahan seperti sandboarding atau menaiki 4x4 safari untuk pengalaman gurun yang mendebarkan.
4HARI 4FAYYOUM – ASWAN (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

FAYYOUM – ASWAN (MP/MT/MM)
Hari ini, anda akan memulakan perjalanan jauh ke Aswan, sebuah kota tenang yang terletak di selatan Mesir di tebing Sungai Nil. Aswan terkenal dengan keindahan alamnya, warisan budaya Nubia, dan kuil-kuil purba yang menyimpan kisah tamadun Mesir kuno. Nikmati pemandangan sepanjang perjalanan sambil menyelami suasana klasik Mesir yang memukau.
5HARI 5ASWAN – LUXOR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ASWAN – LUXOR (MP/MT/MM)
Hari ini, anda akan mengunjungi Aswan High Dam, keajaiban kejuruteraan moden yang mengawal aliran Sungai Nil dan menjadi sumber tenaga utama Mesir. Kemudian, nikmati pengalaman menaiki Felucca Nubia, perahu layar tradisional yang membawa anda menyusuri keindahan pemandangan Aswan. Terokai Pulau Elephantine yang kaya dengan tinggalan arkeologi dan perkampungan Nubia. Akhiri hari di Muzium Nubia,di mana anda dapat menyelami sejarah dan budaya unik masyarakat Nubian.
6HARI 6LUXOR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

LUXOR (MP/MT/MM)
Mulakan hari anda dengan meneroka KuilKarnak, kompleks kuil terbesar di Mesir yang didedikasikan kepada dewa-dewa Thebes. Seterusnya, kunjungi Kuil Luxor, terkenal dengan pintu masuk megah dan Avenue of Sphinxes yang menghubungkannya ke Karnak. Seberangi Sungai Nil ke West Bank untuk melawat Lembah Raja-Raja, tempat persemadian firaun termasuk makam terkenal Tutankhamun. Lawatan diteruskan ke Kuil Hatshepsut, kuil wanita pemerintah Mesir yang hebat, dan Colossi of Memnon, dua patung gergasi ikonik. Berehat dan bermalam di Luxor.
7HARI 7LUXOR – CAIRO *KERETA API( MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

LUXOR – CAIRO *KERETA API( MP/MT/MM)
Pagi anda dimulakan dengan masa bebas – sesuai untuk menyertai aktiviti pilihan seperti menaiki belon udara panas mengelilingi Luxor, menyaksikan keindahan matahari terbit dari langit Mesir. Seterusnya, anda akan dibawa ke stesen kereta api untuk perjalanan pulang ke Cairo, sama ada dengan menaiki kereta api biasa atau kereta api tidur semalaman. Anda akan bermalam di Cairo, bersedia untuk menyambung penjelajahan Mesir yang menakjubkan.
8HARI 8CAIRO – GIZA – SHOPPING (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO – GIZA – SHOPPING (MP/MT/MM)
Hari terakhir anda di Mesir dimulakan dengan lawatan ke Piramid Agung Giza dan Sphinx, warisan megah Firaun. Kemudian anda meneroka Kompleks Piramid Saqqara, lokasi Piramid Bertingkat Djoser, yang merupakan struktur batu tertua di dunia. Seterusnya, anda membeli-belah di Khan El-Khalili Bazaar, pasar tradisional terkenal dengan cenderamata, minyak wangi dan rempah. Anda juga boleh memilih melawat kilang Papyrus atau minyak wangi sebelum menikmati makan malam terakhir dan berehat di Kaherah.
9HARI 9PENERBANGAN PULANG (MP/MOB)

Makanan: MP/MOB

PENERBANGAN PULANG (MP/MOB)
Perjalanan anda diakhiri dengan penuh makna apabila anda menziarahi Masjid & Makam Imam Syafiedi Jabal Muqattam, tempat persemadian tokoh agung ilmu fiqh. Seterusnya, anda menjelajah ke Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi, kubu pertahanan megah yang dibina oleh pahlawan Islam tersohor dengan pemandangan indah bandar Kaherah. Kemudian, anda dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk pulang ke tanah air dengan kenangan berharga.
10HARI 10TIBA DI KUALA LUMPUR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

TIBA DI KUALA LUMPUR (MP/MT/MM)
Selamat tiba di tanah air! Home sweet home! Semoga perjalanan ini memberi anda pengalaman yang tak terlupakan dan kenangan indah sepanjang hayat. Sampai jumpa lagi di pengembaraan seterusnya!

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan antarabangsa pergi & balik
Cukai Lapangan & Fuel Surcharge / Caj Bahan Api Syarikat Penerbangan
Penginapan 2 orang sebilik
Sarapan Pagi di Hotel
Makan Tengahari
Makan Malam
Tidak termasuk
Perbelanjaan Peribadi
Tipping Kepada Pemandu Pelancong dan Pemandu Bas – RM250
Travel Insurance(Pilihan)
Kembara Pilihan: Hot Air Balloon di Luxor
Surcaj Pertukaran Mata Wang (sekiranya ada)
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM 350 per person)
**Peak Season Surcharge RM500

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

Hubungi kami untuk pilihan tarikh dan harga terkini.

Harga bermulaRM8,599
Saya berminat