Pakej Kashmir Taj Mahal
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Kashmir Taj Mahal

India

Tour highlights

Kashmir dan Taj Mahal dalam satu trip: nikmati persinggahan Srinagar serta Gulmarg sebelum perjalanan diteruskan ke Agra.

Delhi menghubungkan kedua-dua bahagian percutian, menggabungkan pemandangan Kashmir dengan lawatan bandar dan warisan.

Gabungkan pengalaman Kashmir dengan lawatan Agra dalam satu perjalanan. Persinggahan kawasan gunung dan tarikan warisan memberi dua fokus yang berbeza untuk dinikmati.

Maklumat pakej

Tempoh8 hari · 7 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KUALA LUMPUR – DELHI (MOB / MM)

Makanan: MOB / MM

KUALA LUMPUR – DELHI (MOB / MM)
Berkumpul di KLIA1 untuk menaiki penerbangan ke Delhi, India. Setibanya di Delhi, peserta akan disambut oleh pemandu pelancong, makan malam & daftar masuk hotel
2HARI 2DELHI - SRINAGAR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

DELHI - SRINAGAR (MP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan daftar keluar dan bertolak ke Lapangan Terbang Srinagar untuk penerbangan domestik. Setibanya di Srinagar, peserta akan terus daftar masuk ke houseboat dan berehat seketika. Aktiviti diteruskan dengan lawatan ke Nishat Garden dan Shalimar Garden, dua taman bersejarah yang terkenal dengan keindahan seni bina dan landskapnya. Seterusnya, peserta akan melawat kilang karpet tempatan untuk melihat hasil kraftangan tradisional Kashmir. Pada waktu petang, peserta akan menikmati Shikara Ride selama satu jam di Tasik Dal sambil menyaksikan pemandangan matahari terbenam yang memukau. Makan malam disediakan di restoran tempatan sebelum bermalam di houseboat.
3HARI 3SRINAGAR - GULMARG - SRINAGAR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SRINAGAR - GULMARG - SRINAGAR (MP/MT/MM)
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan memulakan perjalanan menuju ke Pahalgam. Dalam perjalanan, peserta akan melalui kawasan
Apple Valley yang terkenal dengan ladang epal dan pemandangan indah di sekitar Apple Orchards.
Setibanya di Pahalgam, peserta akan melawat Betaab Valley, sebuah lembah yang terkenal kerana menjadi lokasi penggambaran filem
Bollywood popular, Beetab. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Aru Valley, sebuah kawasan yang memukau dengan kecantikan semula jadi
serta pemandangan kampung para penggembala (shepherds village) yang unik.
Selesai lawatan, peserta akan bertolak semula ke Srinagar. Makan malam akan disediakan di restoran tempatan sebelum bermalam di
Srinagar.
4HARI 4SRINAGAR – GULMARG - SRINAGAR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SRINAGAR – GULMARG - SRINAGAR (MP/MT/MM)
Sarapan pagi di hotel. Seterusnya, peserta akan bertolak ke Gulmarg, sebuah kawasan yang terletak di Pir Panjal Range dan terkenal dengan keindahan pemandangan semula jadi. Di sini, peserta berpeluang menaiki The Gondola Ride untuk menikmati panorama menakjubkan seperti Pine Forest yang memukau. Setelah tiba di puncak, peserta akan diberi masa untuk aktiviti bebas (tidak termasuk bayaran). Sebelum kembali, peserta juga boleh singgah di kedai cenderahati untuk membeli buah tangan. Makan malam disediakan dan peserta akan bermalam di Srinagar.
5HARI 5SRINAGAR – DELHI – AGRA (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SRINAGAR – DELHI – AGRA (MP/MT/MM)
Sarapan pagi & meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Delhi. Setelah sampai, makan tengahari di restoran tempatan. Kemudian, meneruskan perjalanan ke Agra. Makan malam & bermalam di Agra.
6HARI 6AGRA – DELHI (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

AGRA – DELHI (MP/MT/MM)
Taj Mahal : yang terletaknya di tebing Sungai Jumna, berhampiran Agra, India, merupakan makam yang dibina oleh Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal, isterinya yang kelima.
Membeli belah : peserta akan diberi masa untuk membeli belah di kedaikedai pakaian. Makan tengahari di restoran terkenal di Taj Mahal.
Perjalanan diteruskan ke Delhi. Makan malam dan bermalam di Delhi.
7HARI 7DELHI – KUALA LUMPUR (MP/MM)

Makanan: MP/MM

DELHI – KUALA LUMPUR (MP/MM)
Sarapan pagi di hotel.
India Gate, Presidents Palace, Masjid Jama, Makan tengahari : Makanan masakan Mughlai yang terkenal dengan briyani. Kemudian, peserta akan diberi masa untuk membeli-belah sebelum ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Malaysia.
8HARI 8KUALA LUMPUR (MOB)

Makanan: MOB

KUALA LUMPUR (MOB)
Tiba di Malaysia bersama kenangan yang terindah semasa lawatan.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket Penerbangan kelas ekonomi lengkap muatan 30kg untuk MH.
Ticket domestic Delhi Srinagar pergi dan balik lengkap muatan 15kg
Penginapan Hotel 3/4 bintang sepanjang perjalanan
Penerbangan Domestik kelas ekonomi
Penginapan 1 Malam Houseboat
Perkhidmatan ketua rombongan professional
Pemandu pelancong berpengalaman berbahasa English sepanjang perjalanan.
Makanan halal/mesra muslim seperti dinyatakan jadual
Tiket Lawatan seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Parking permit dan patrol untuk kenderaan
2 Botol air mineral sehari untuk seorang
Pengangkutan bas/van persiaran berhawa dingin yang selesa
Tips Pemandu Pelancong dan bas
Visa kemasukkan ke negara India bagi warganegara Malaysia
Tidak termasuk
Travel & Covid-19 Insurans
Pilihan lawatan selain yang di nyatakan
Perbelanjaan peribadi, seperti minuman, souvenirs, telephone calls, porter, laundry, etc.
Dokumen visa untuk bukan warganegara Malaysia
Perkhidmatan lain yang tidak disebutkan
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Senarai Penginapan:
New Delhi 3*: Regent Grand atau setaraf
Srinagar 3*: Hotel Karam Gold atau setaraf
Srinagar 3*: Deluxe Houseboats atau setaraf
Agra: Royal agent Agra,Howard Park Plaza atau setaraf
*Waktu & jenis penerbangan tertakluk kepada perubahan semasa

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

Hubungi kami untuk pilihan tarikh dan harga terkini.

Harga bermulaRM4,690
Saya berminat