Pakej Balkan Budapest
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Balkan Budapest

Croatia · Hungary · Montenegro · Serbia

Tour highlights

Kenali Balkan melalui Sarajevo, Mostar dan Blagaj, kemudian nikmati persinggahan di Dubrovnik serta Kotor.

Budapest menjadi kemuncak laluan selepas Zagreb, Bosnia dan kawasan pesisir—gabungan menarik untuk peminat city tour dan warisan.

Jejak kota-kota Balkan sebelum sampai ke Budapest. Sepanjang laluan, suasana bandar bersejarah berselang dengan persinggahan pesisir yang memberi warna berbeza kepada trip.

Maklumat pakej

Tempoh10 hari · 8 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip22 Oct 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1PENERBANGAN DARI KLIA – TRANSIT – ZAGREB (MOB & MM)

Makanan: MOB & MM

PENERBANGAN DARI KLIA – TRANSIT – ZAGREB (MOB & MM)
Rombongan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) empat jam sebelum waktu berlepas, mendaftar masuk dan menyerahkan bagasi untuk penerbangan ke Budapest. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Budapest, anda disambut mesra oleh wakil tempatan. Perjalanan diteruskan ke Zagreb, ibu kota Croatia, untuk memulakan pengembaraan yang penuh dengan sejarah dan keindahan.
2HARI 2ZAGREB – BIHAC (B & D)
ZAGREB – BIHAC (B & D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda memulakan lawatan ke Zagreb, mengunjungi Kaptol dan Gradec yang kaya dengan sejarah. Di sini, anda akan melihat Katedral Zagreb yang menakjubkan, Cathedral Archbishop’s Palace, dan Ban Jelacic Square. Jangan lepaskan peluang untuk melawat Lotrščak Tower dan Muzium Arkeologi. Perjalanan diteruskan ke Tasik Plitvice (pilihan), sebelum menuju ke Bihac untuk makan malam dan bermalam.
3HARI 3BIHAC – JAJCE – TRAVNIK – SARAJEVO (B & D)
BIHAC – JAJCE – TRAVNIK – SARAJEVO (B & D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda bergerak ke Jajce, bandar diraja yang terkenal dengan air terjun Jajce yang mempesona. Di sini, anda juga melawat Tasik Pliva yang menenangkan sebelum meneruskan perjalanan ke Travnik. Di Kampung Turbe, anda singgah di Masjid Malaysia, simbol persahabatan dua negara. Perjalanan diteruskan ke Plava Voda Springs, sebelum menuju ke Sarajevo untuk makan malam dan bermalam di bandar yang penuh sejarah ini.
4HARI 4SARAJEVO (B & D)
SARAJEVO (B & D)
Selepas sarapan peserta akan dibawa melawat Spring of the Bosnia River, sebuah lokasi semula jadi yang indah dan menenangkan. Seterusnya, lawatan diteruskan ke Tunnel of Hope yang bersejarah, termasuk menyusuri terowong asal dan melawat muzium yang menyimpan kisah perjuangan rakyat Bosnia. Selepas menikmati hidangan tradisional Bosnia, peserta akan berjalan santai di sekitar OldTown Bascarsija, menyusuri LatinBridge, Brusa Bezistan, dan mengakhiri lawatan di Masjid Gazi Husref Bey, mercu tanda penting di Sarajevo.
5HARI 5SARAJEVO – MOSTAR – BLAGAJ – TREBINJE (B & D)
SARAJEVO – MOSTAR – BLAGAJ – TREBINJE (B & D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda meneruskan perjalanan ke Mostar, bandar ikonik Bosnia yang terkenal dengan Old Bridge dan Masjid Koski Mehmed Pasha, yang menawarkan pemandangan menakjubkan dari menaranya. Anda menyusuri Old Town yang kaya dengan sejarah sebelum ke Blagaj untuk melawat Dervish Tekki, rumah ibadah sufi yang terletak di tebing sungai. Hari ditutup dengan perjalanan ke Trebinje, di mana anda menikmati makan malam dan bermalam
6HARI 6TREBINJE – DUBROVNIK – KOTOR – TREBINJE (B & D)
TREBINJE – DUBROVNIK – KOTOR – TREBINJE (B & D)
Selepas sarapan di hotel, anda bertolak ke Dubrovnik, bandar bersejarah di tepi Laut Adriatik. Dengan pemandu, anda menikmati walking tour di kota lama yang digelar "Pearl of the Adriatic". Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Kotor, kota menawan di Montenegro yang menawarkan pemandangan memukau dari teluk dan pergunungan. Selesai lawatan, anda kembali ke Trebinje untuk makan malam dan bermalam dengan penuh ketenangan.
7HARI 7TREBINJE – TUZLA (B & D)
TREBINJE – TUZLA (B & D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda menuju ke Tuzla, bandar ketiga terbesar di Bosnia dan Herzegovina. Setibanya di sana, anda menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum meneroka bandar ini yang terkenal dengan tasik garam semula jadi serta suasana moden yang santai. Masa bebas diberikan untuk membeli-belah dan menikmati keunikan bandar ini. Hari diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Tuzla.
8HARI 8TUZLA – BUDAPEST (B & D)
TUZLA – BUDAPEST (B & D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda meneruskan perjalanan ke Budapest, kota indah yang dipisahkan oleh Sungai Danube (pilihan). Di sini, anda akan menikmati pemandangan Chain Bridge, Buda Castle, dan Parlimen Hungary. Jangan lepaskan peluang bergambar di Fisherman’s Bastion dan singgah solat di Masjid Darussalam. Petang diluangkan menaiki cruise di Sungai Danube sebelum masa santai untuk membeli cenderahati. Makan malam dan bermalam di Budapest menutup hari penuh kenangan
9HARI 9BUDAPEST – PENERBANGAN KE KUALA LUMPUR (B)
BUDAPEST – PENERBANGAN KE KUALA LUMPUR (B)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda dibawa ke lapangan terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Dengan hati yang penuh kenangan indah Sepanjang pengembaraan merentas Eropah dan Balkan, tibalah masa untuk mengucapkan selamat
tinggal. Perjalanan ini pastinya meninggalkan memori manis yang akan terus dikenang sepanjang hayat.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket Penerbangan Antarabangsa + Cukai (Luggage, Mob, Taxes)
Pemindahan Lapangan Terbang, lawatan dan pemindahan darat menggunakan COACH PERIBADI
Makan malam di restaurant atau take away.
Penginapan 03/04 Bintang selama 8 malam
Sarapan Kontinental Harian
Pemandu Pelancong yang mengiringi (Bahasa Melayu atau Inggeris)
Pemandu Pelancong Profesional Berbahasa Inggeris
Tidak termasuk
Semua perbelanjaan peribadi dan sebarang perkhidmatan lain yang tidak disebutkan di atas
Tipping untuk pemandu pelancong & pemandu (RM 300)
Insurans perjalanan
Tasik Plitvice (50 EURO setiap orang)
Pelayaran Tasik Ohrid (25 EURO setiap orang)
Bayaran masuk lain yang tidak disebutkan dalam program
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM300 per person)
**Peak Season Surcharge RM300

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

10D8N Budapest & Balkans 3 Country

Travel DateSeasonFlightsTwin/TripleSingleChild with bedChild no bedInfants
22 Oct 2026🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999RM 1,300
31 Oct 2026🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999RM 1,300
7 Nov 2026🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999RM 1,300
28 Nov 2026🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999RM 1,300
2 Jan 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
9 Jan 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
16 Jan 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
13 Mar 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
20 Mar 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
27 Mar 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
1 Apr 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
10 Apr 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
22 Apr 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
2 May 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
15 May 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
22 May 2027🌸 SPRINGEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
5 Jun 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
12 Jun 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
26 Jun 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
3 Jul 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
10 Jul 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
24 Jul 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
7 Aug 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
21 Aug 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
28 Aug 2027☀️ SUMMEREK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
4 Sep 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
18 Sep 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
25 Sep 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
2 Oct 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
16 Oct 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
23 Oct 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
6 Nov 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
13 Nov 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
27 Nov 2027🍁AUTUMNEK/EY/QRRM 8,599RM 9,799RM 8,099RM 7,999
4 Dec 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
11 Dec 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
18 Dec 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
25 Dec 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
30 Dec 2027❄️ WINTEREK/EY/QRRM 8,899RM 10,099RM 8,399RM 8,299
Harga bermulaRM7,799
Saya berminat