Pakej Balkan
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Balkan

Croatia · Montenegro · Serbia

Tour highlights

Jelajah yang luas untuk anda yang suka melihat budaya berubah sepanjang perjalanan. Kota Italy, warisan Bosnia, pesisir Balkan dan Athens bertemu dalam satu laluan.

Dari Milan hingga Athens, perjalanan panjang ini menghubungkan bandar, pesisir dan warisan Balkan. Sarajevo, Mostar dan Blagaj memberi tumpuan kepada suasana serta sejarah tempatan; Dubrovnik dan Kotor pula membawa anda ke sisi pantai. Ohrid dan Kalambaka menambah variasi sebelum perjalanan sampai ke Athens.

Maklumat pakej

Tempoh14 hari · 11 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip4 Oct 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1PENERBANGAN DARI KUALA LUMPUR – TRANSIT (MOB)

Makanan: MOB

PENERBANGAN DARI KUALA LUMPUR – TRANSIT (MOB)
Rombongan berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), empat jam sebelum waktu berlepas. Di sini, mereka mendaftar masuk dan menyerahkan bagasi masing-masing, penuh teruja menantikan permulaan kembara yang bakal membawa mereka menyusuri kota-kota indah Eropah dan menyimpan memori yang tidak akan dilupakan
2HARI 2TIBA DI MILAN (L/D)
TIBA DI MILAN (L/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Milan, rombongan memulakan eksplorasi ke jantung kota. Mereka mengagumi keindahan Duomo Cathedral yang megah, menikmati seni d La Scala Opera House, dan menjejak sejarah di Castello Sforzesco. Usai membeli-belah di Galleria Vittorio Emanuele II yang elegan, mereka menjamu selera di restoran tempatan sebelum bermalam di Milan.
3HARI 3MILAN – VENICE – POSTOJNA (B/L/D)

Makanan: B/L/D

MILAN – VENICE – POSTOJNA (B/L/D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan bertolak ke Venice, sebuah bandar romantik yang dibina di atas air. Dengan menaiki water bus, mereka tiba di San Marco Square, pusat bersejarah Venice yang dikelilingi oleh bangunan berzaman. Di sini, mereka menghayati keindahan Basilica Sn Marco yang megah, Doge’s Palace yang kaya sejarah, dan melintasi Bridge of Sighs, jambatan ikonik yang penuh legenda. Setelah menikmati makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke Postojna, Slovenia, untuk menikmati makan malam dan bermalam di bandar yang terkenal dengan gua bawah tanahnya yang menakjubkan.
4HARI 4POSTOJNA – ZAGREB – BIHAC (B/L/D)

Makanan: B/L/D

POSTOJNA – ZAGREB – BIHAC (B/L/D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, perjalanan diteruskan ke ibu kota Zagreb untuk lawatan bandar. Di sini, rombongan meneroka kawasan bersejarah Kaptol dan Gradec, melawat Katedral Zagreb yang mengagumkan, serta Cathedral Archbishop’s Palace. Mereka singgah di Ban Jelacic Square, menara purba Lotrščak, dan Muzium Arkeologi serta Muzium Negara. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke destinasi alam semula jadi indah, Plitvice Lakes, sebelum menuju ke Bihac untuk makan malam dan bermalam.
5HARI 5BIHAC – JAJCE – TRAVNIK – SARAJEVO (B/L/D)

Makanan: B/L/D

BIHAC – JAJCE – TRAVNIK – SARAJEVO (B/L/D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan menuju ke bandar diraja Jajce, terkenal dengan air terjun Jajce yang memukau di tengah kota. Perjalanan diteruskan ke Tasik Pliva yang tenang dan mempesona. Mereka singgah sebentar di Kampung Turbe untuk melawat Masjid Malaysia, simbol persaudaraan dua negara. Di Travnik, mereka menikmati keindahan mata air Plava Voda sebelum menyambung perjalanan ke Sarajevo. Setibanya di ibu kota Bosnia ini, rombongan menjamu selera dengan makan malam dan bermalam di kota bersejarah yang kaya budaya..
6HARI 6SARAJEVO (B/L/D)

Makanan: B/L/D

SARAJEVO (B/L/D)
Selepas sarapan di hotel, rombongan memulakan hari dengan lawatan ke Spring of the Bosnia River, sumber air semula jadi yang memukau. Mereka kemudian menyusuri sejarah di Tunnel of Hope dan muzium, lambang perjuangan semasa perang. Selepas menikmati hidangan tradisional Bosnia, mereka berjalan santai di Old Town Bascarsija, melihat Latin Bridge, Brusa Bezistan, dan Masjid Gazi Husrev Bey. Hari diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Sarajevo.
7HARI 7SARAJEVO - MOSTAR - BLAGAJ - NEUM (B/L/D)

Makanan: B/L/D

SARAJEVO - MOSTAR - BLAGAJ - NEUM (B/L/D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan bertolak ke Mostar, bandar bersejarah yang terkenal dengan Jambatan Lama dan Masjid Koski Mehmed Pasha yang indah. Mereka menyusuri lorong-lorong lama yang penuh pesona Balkan. Perjalanan diteruskan ke Blagaj untuk melawat Dervish Tekke, tempat sufi unik di tebing Sungai Buna. Usai makan tengah hari di tepi sungai, mereka menuju ke bandar pesisir Neum untuk makan malam dan bermalam, menikmati suasana tenang Laut Adriatik.
8HARI 8NEUM - DUBROVNIK - TIVAT – KOTOR (B/L/D)

Makanan: B/L/D

NEUM - DUBROVNIK - TIVAT – KOTOR (B/L/D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan menuju ke Dubrovnik, kota bersejarah yang terkenal dengan tembok kota zaman pertengahan dan lokasi penggambaran Game of Thrones. Bersama pemandu, mereka menyusuri lorong-lorong lama dalam walking tour yang menghidupkan sejarah. Selesai, perjalanan diteruskan ke Tivat untuk makan tengah hari di restoran tempatan. Mereka kemudian singgah di Kotor, bandar pelabuhan yang memikat, sebelum meneruskan perjalanan ke Budva atau Shkoder untuk makan malam dan bermalam.
9HARI 9SHKODER – PRIZREN – SKOPJE (B/L/D)

Makanan: B/L/D

SHKODER – PRIZREN – SKOPJE (B/L/D)
Selepas sarapandandaftarkeluarhotel, rombongan menikmati perjalanan indah melalui TasikSkadar, menyaksikan pemandangan alam yang memukau, sebelum menuju ke Prizren. Di sini, mereka melawat Masjid Sinan Pasha, sebuah keajaiban seni bina Uthmaniyah. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke Skopje, ibu kota Macedonia. Setibanya, mereka menikmati makan malam dan bermalam di bandar yang penuh dengan sejarah dan budaya.
10HARI 10SKOPJE – OHRID (B/L/D)

Makanan: B/L/D

SKOPJE – OHRID (B/L/D)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan memulakan walking tour di Skopje, melawat Stone Bridge, Old Bazaar, Old Rail Station, serta Masjid Mustafa-Pasha dan Daut Pasin Hamam yang bersejarah. Selesai makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Ohrid untuk lawatan bandar. Di sini, mereka mengunjungi Masjid Ali Pasha, Zeynel AbedinPashaTekke,dan OldBazaar, serta menikmati pemandangan indah Tasik Ohrid. Hari diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Ohrid.
11HARI 11OHRID – KALAMBAKA (B/L/D)

Makanan: B/L/D

OHRID – KALAMBAKA (B/L/D)
Selepas sarapandandaftar keluarhotel, rombongan bergerak ke Kalambaka, sebuah bandar kecil yang terkenal dengan Meteora. Mereka menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum memulakan tour bandar separuh hari. Lawatan membawa mereka ke Kastraki Village yang menawan dan Monasteri Varlaam dan St. Stefanos, dua biara ikonik di Meteora. Rombongan berhenti di beberapa tempat untuk mengambil gambar panorama indah dari Bukit Meteora. Hari diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Kalambaka.
12HARI 12KALAMBAKA – ATHENS (B/L/d)

Makanan: B/L/d

KALAMBAKA – ATHENS (B/L/d)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan bergerak menuju Athens, ibu kota Yunani yang kaya sejarah. Mereka menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum memulakan tour separuh hari. Lawatan membawa mereka melihat bangunan Neoklasikal di pusat bandar, serta Stadium Olimpik, Kuil Zeus, dan kawasan Syntagma Square, Plaka dan Monastiraki Square untuk peluang mengambil gambar. Tiada lawatan masuk ke tempat-tempat tersebut. Hari diakhiri dengan makan malam dan bermalam di Athens.
13HARI 13PENERBANGAN DARI ATHENS (TRANSIT - MP/MOB)

Makanan: TRANSIT - MP/MOB

PENERBANGAN DARI ATHENS (TRANSIT - MP/MOB)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, rombongan akan diantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Athens untuk penerbangan
pulang ke Kuala Lumpur.
14HARI 14TIBA DI KUALA LUMPUR
TIBA DI KUALA LUMPUR
HOME SWEET HOME! Kenangan indah sepanjang perjalanan ini pasti akan terus dihargai. Selamat kembali ke rumah, dan semoga perjalanan seterusnya lebih mengujakan!
** Itinerary may amend by local guide with or without prior notice due to unforeseen circumstances

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket Penerbangan Antarabangsa Pergi Balik + Cukai (termasuk bagasi, mobil, dan cukai)
Pemindahan lapangan terbang, lawatan dan pengangkutan darat dengan BAS PERSENDIRIAN
Hidangan halal penuh (MAKAN TENGAH HARI & MAKAN
MALAM)
Penginapan hotel 3/4 Bintang
Sarapan Kontinental setiap hari
Diiringi oleh wakil bertutur Bahasa Melayu atau Inggeris
Pemandu Pelancong Profesional bertutur Bahasa Inggeris
Tidak termasuk
Semua perbelanjaan peribadi dan apa-apa perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan di atas
Tip untuk pemandu pelancong & pemandu (RM350)
Insurans perjalanan
Yuran masuk lain yang tidak dinyatakan dalam atur cara
Lawatan pilihan (Optional Tours):
- Gondola Ride (maksimum 6 orang – 50 EURO/seorang)
- Tasik Plitvice – 50 EURO/seorang
- Pelayaran Tasik Ohrid – 30 EURO/seorang
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM 300 per person)
Peak Season Surcharge RM300

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

2026 14D11N Iconic 9 Balkan Countries + Greece and Milano

Travel DateSeasonFlightsTwin/ TripleSingleChild with bedChild no bedInfants
4 Oct 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
10 Oct 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
17 Oct 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
27 Oct 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
9 Nov 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
15 Nov 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
19 Nov 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
24 Nov 2026🍁AUTUMNEK /EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
2 Dec 2026**❄️ WINTEREK /EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
10 Dec 2026**❄️ WINTEREK /EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
20 Dec 2026**❄️ WINTEREK /EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
3 Jan 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
10 Jan 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
17 Jan 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
14 Mar 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
21 Mar 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
28 Mar 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
1 Apr 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
11 Apr 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
24 Apr 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
1 May 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
16 May 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
22 May 2027🌸 SPRINGEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
6 Jun 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
13 Jun 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
19 Jun 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
4 Jul 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
11 Jul 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
25 Jul 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
8 Aug 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
14 Aug 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
22 Aug 2027☀️ SUMMEREK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
5 Sep 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
12 Sep 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
19 Sep 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
2 Oct 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
17 Oct 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
24 Oct 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
7 Nov 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
14 Nov 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,549RM 12,199RM 9,599RM 8,299RM 1,500
21 Nov 2027🍁AUTUMNEK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
5 Dec 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
12 Dec 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
19 Dec 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
23 Dec 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
30 Dec 2027❄️ WINTEREK/EYRM 10,849RM 12,499RM 9,899RM 8,599RM 1,500
Harga bermulaRM10,399
Saya berminat