Pakej Algeria & Tunisia
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej Algeria & Tunisia

Algeria · Tunisia

Tour highlights

Warisan Rom, bandar oasis dan pengalaman Sahara bertemu dalam jelajah Afrika Utara ini. Algeria serta Tunisia memperkenalkan landskap dan budaya melalui pelbagai persinggahan.

  • Tapak sejarah Tipaza dan Djemila membuka laluan Algeria, kemudian Constantine membawa suasana bandar yang tersendiri.
  • Di Tunisia, safari 4x4 ke oasis dan persinggahan Ong Jmal memberi pengalaman gurun.
  • Matmata, El Jem serta Sidi Bou Said melengkapkan perjalanan dengan rumah gua, warisan Rom dan suasana tepi laut.

Maklumat pakej

Tempoh10 hari · 8 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip7 Nov 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KETIBAAN DI ALGIERS (MT/MM)

Makanan: MT/MM

KETIBAAN DI ALGIERS (MT/MM)
Tiba di Lapangan Terbang Houari Boumediene dan disambut oleh pemandu pelancong tempatan. Lawatan ringkas bermula dengan kunjungan ke Taman Botani Hamma (Jardin d'Essai) yang terkenal dengan kehijauan semula jadinya, serta Tugu Pahlawan (Martyrs’ Memorial) yang menjadi simbol kebebasan Algeria. Selepas itu daftar masuk hotel, makan malam dan bermalam di Algiers.
2HARI 2ALGIERS – TIPAZA – ALGIERS (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ALGIERS – TIPAZA – ALGIERS (MP/MT/MM)
Hari ini menerokai bandar Algiers bermula dengan Casbah of Algiers yang diiktiraf UNESCO, kemudian singgah bergambar di Masjid Ketchaoua dan melawat Masjid Djamaa el Djazair, masjid terbesar di Afrika. Perjalanan diteruskan ke Tipaza untuk melihat Kota Rom Purba dan Piramid. Pulang semula ke Algiers untuk makan malam dan bermalam.
3HARI 3ALGIERS – DJEMILA – CONSTANTINE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ALGIERS – DJEMILA – CONSTANTINE (MP/MT/MM)
Berangkat ke Djemila, tapak arkeologi Rom purba yang diiktiraf UNESCO serta muzium bersejarahnya. Selepas makan tengah hari di restoran tempatan, perjalanan diteruskan ke bandar bersejarah Constantine, dikenali sebagai bandar di atas jurang dan jambatan. Masa bebas sebelum makan malam dan bermalam di Constantine.
4HARI 4LAWATAN BANDAR CONSTANTINE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

LAWATAN BANDAR CONSTANTINE (MP/MT/MM)
Menerokai tarikan utama Constantine yang digelar “Bandar Jambatan”. Melihat Jurang Rhumel dan Boulevard of the Abyss, melawat Monumen aux Morts, serta menyeberangi Jambatan Gantung Sidi M’cid. Teruskan lawatan ke Istana Bey, Medina Lama, dan Masjid El Amir Abdel Kader. Makan malam dan bermalam di Constantine.
5HARI 5CONSTANTINE – TOZEUR (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CONSTANTINE – TOZEUR (MP/MT/MM)
Meninggalkan Constantine menuju ke sempadan Algeria– Tunisia untuk urusan imigresen sebelum tiba di bandar oasis gurun Tozeur. Daftar masuk hotel, makan malam dan bermalam di Tozeur.
6HARI 6TOZEUR – CHEBIKA – ONG JMAL – DOUZ (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

TOZEUR – CHEBIKA – ONG JMAL – DOUZ (MP/MT/MM)
Pengembaraan safari 4x4 ke oasis gunung Chebika dan Tamerza, kemudian ke Ong Jmal, lokasi penggambaran filem Star Wars. Berhenti bergambar di Tasik Garam Chott el Djerid sebelum menuju ke Douz, pintu masuk ke Sahara. Aktiviti pilihan: menunggang unta atau ATV di padang pasir. Makan malam dan bermalam di Douz.
7HARI 7DOUZ – MATMATA – EL JEM – SOUSSE (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

DOUZ – MATMATA – EL JEM – SOUSSE (MP/MT/MM)
Singgah di Matmata, kampung bawah tanah terkenal dengan rumah gua serta Hotel Sidi Driss (lokasi Star Wars). Kemudian lawatan ke Amfiteater Rom di El Jem, salah satu yang terpelihara terbaik di dunia. Diteruskan ke Sousse, masa bebas di Medina, makan malam dan bermalam di Sousse.
8HARI 8SOUSSE – KAIROUAN – TUNIS (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SOUSSE – KAIROUAN – TUNIS (MP/MT/MM)
Berhenti seketika untuk bergambar di Port El Kantaoui, sebuah marina yang indah. Teruskan ke Kairouan, bandar ke-4 paling suci dalam Islam, untuk melawat Masjid Agung Sidi Okba dan Takungan Air Aghlabid. Perjalanan diteruskan ke Tunis, daftar masuk hotel, makan malam dan bermalam.
9HARI 9TUNIS – SIDI BOU SAID – BERLEPAS (MP)

Makanan: MP

TUNIS – SIDI BOU SAID – BERLEPAS (MP)
Hari terakhir, anda akan melawat perkampungan tepi laut Sidi Bou Said yang terkenal dengan rumah biru putih berlatarbelakangkan Laut Mediterranean. Singgah di Masjid Zaytouna (pemandangan luar) dan masa bebas untuk membelibelah di Medina Tunis. Selepas itu, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan pergi dan balik
Bagasi dibenarkan 25 kg
Hotel bertaraf 3/4 bintang
Pemindahan dari dan ke lapangan terbang
Pengangkutan persendirian beserta pemandu
Sarapan 8x / Makan tengah hari 8x / Makan malam 8x (Halal / Makanan Laut / Tempatan / Antarabangsa)
Pemandu pelancong Muslim (Muslim escort guide)
Semua bayaran masuk ke tempat lawatan
Bekalan air mineral setiap hari
Tidak termasuk
Tiping: RM300/seorang
Insurans perjalanan / Takaful
Perbelanjaan peribadi
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM 300 per person)
**Peak Season Surcharge

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

10D8N Traces of Civilization: Algeria & Tunisia

DATESEASONFLIGHTADULTSINGLECWBCNBINFANT
7 Nov 2026🌸 SpringTKRM 12,790RM 14,590RM 12,190RM 11,290RM 2,500
19 Dec 2026*🌸 SpringTKRM 13,140RM 14,940RM 12,540RM 11,640RM 2,500
Harga bermulaRM12,790
Saya berminat