Pakej 2 Empayar Mesir & Turkey
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Pakej 2 Empayar Mesir & Turkey

Egypt · Türkiye

Tour highlights

Sambungkan pengalaman Mesir dengan beberapa persinggahan utama Turki. Perjalanan ini memberi ruang mengenali bandar serta warisan kedua-dua negara dalam satu cuti.

Kenali Cairo dan Fayyoum sebelum menyambung penerbangan ke Istanbul. Bursa memberi persinggahan tambahan dalam bahagian Turki, menghubungkan pengalaman dua negara yang kaya kisah masa lalu.

Maklumat pakej

Tempoh9 hari · 8 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight
Next trip4 Dec 2026

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KLIA – CAIRO (MOB/MM)

Makanan: MOB/MM

KLIA – CAIRO (MOB/MM)
Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk urusan pendaftaran dan daftar masuk penerbangan menuju ke Cairo, Mesir. Setibanya di sana, anda akan disambut oleh pemandu pelancong tempatan sebelum dipindahkan ke hotel untuk daftar masuk. Selepas itu, makan malam disediakan sebelum berehat dan bermalam di Cairo sebagai permulaan pengembaraan di bumi tamadun purba Mesir.
2HARI 2CAIRO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan dimulakan dengan melawat ikon dunia iaitu Pyramid of Giza dan Great Sphinx, lambang kegemilangan tamadun Mesir purba. Di sini anda juga berpeluang mencuba aktiviti pilihan seperti menaiki unta atau kereta kuda untuk merasai pengalaman unik di kawasan piramid. Seterusnya melawat National Museum of Egyptian Civilization, muzium yang mempamerkan pelbagai artifak sejarah Mesir yang sangat berharga. Selepas lawatan, kembali ke hotel untuk makan malam dan bermalam di Cairo
3HARI 3CAIRO – FAYYOUM – CAIRO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO – FAYYOUM – CAIRO (MP/MT/MM)
Perjalanan hari ini membawa anda ke kawasan oasis yang subur iaitu Fayoum Oasis. Anda akan melawat Kincir Air Nabi Yusuf, sebuah tapak bersejarah yang terkenal dengan sistem pengairan kuno. Seterusnya menikmati keindahan Tasik Qarun, salah satu tasik semula jadi tertua di Mesir. Lawatan diteruskan dengan aktiviti pilihan 4x4 Sand Bashing di kawasan padang pasir Wadi Rayyan, serta melawat air terjun padang pasir yang unik. Anda juga akan singgah di Magic Lake, tasik yang terkenal dengan pemandangan padang pasir yang memukau sebelum kembali ke Cairo untuk bermalam.
4HARI 4CAIRO (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, lawatan diteruskan dengan melawat Kubu Salahuddin Al Ayyubi, sebuah kubu bersejarah yang pernah menjadi pusat pemerintahan Islam di Mesir. Seterusnya melawat beberapa masjid penting seperti Masjid Imam Syafie, Masjid Al-Azhar dan Masjid Hussein yang terkenal dengan nilai sejarah dan keagamaan. Lawatan diakhiri dengan sesi membeli-belah di Bazaar Khan El-Khalili, pasar tradisional terkenal yang menawarkan pelbagai cenderamata, barangan antik dan kraftangan tempatan sebelum kembali ke hotel.
5HARI 5CAIRO-ISTANBUL-BURSA (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

CAIRO-ISTANBUL-BURSA (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, daftar keluar hotel dan bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Istanbul, Turki. Setibanya di sana, perjalanan diteruskan ke Bursa, bandar bersejarah yang pernah menjadi ibu kota pertama Empayar Uthmaniyyah. Lawatan di Bursa termasuk ke Ulu Cami’ (Grand Mosque), Koza Han yang terkenal dengan pusat perdagangan sutera, serta Green Mosque dan Green Tomb yang mempamerkan seni bina Islam Uthmaniyyah yang indah. Selepas lawatan, daftar masuk hotel dan bermalam di Bursa.
6HARI 6BURSA-ISTANBUL (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

BURSA-ISTANBUL (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, perjalanan kembali ke Istanbul. Dalam perjalanan, singgah di pusat jualan Turkish Delight dan Olive Oil Outlet untuk merasa pelbagai manisan serta produk tempatan Turki. Setibanya di Istanbul, anda akan menikmati Bosphorus Cruise secara peribadi yang membawa anda menyusuri Selat Bosphorus sambil melihat pemandangan istana lama dan bangunan bersejarah di sepanjang pesisir dua benua iaitu Eropah dan Asia. Lawatan diteruskan ke Spice Bazaar (Egyptian Bazaar) yang terkenal dengan rempah-ratus, teh dan manisan Turki sebelum daftar masuk hotel.
7HARI 7ISTANBUL (MP / MM)

Makanan: MP / MM

ISTANBUL (MP / MM)
Selepas sarapan, lawatan bandar Istanbul dimulakan dengan melawat pusat barangan kulit Turki yang terkenal serta menyaksikan pertunjukan fesyen kulit. Kemudian bergambar di hadapan Hagia Sophia, sebuah bangunan ikonik yang mempunyai sejarah panjang sebagai gereja dan masjid, serta Topkapi Palace, bekas kediaman Sultan Uthmaniyyah. Lawatan diteruskan ke Hippodrome Square dan Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque) yang terkenal dengan seni bina yang memukau. Hari diakhiri dengan membeli-belah di Grand Bazaar, salah satu pasar tertutup terbesar di dunia.
8HARI 8ISTANBUL-KUALA LUMPUR (MP / MOB)

Makanan: MP / MOB

ISTANBUL-KUALA LUMPUR (MP / MOB)
Selepas sarapan dan daftar keluar hotel, anda akan menziarahi Maqam dan Masjid Abu Ayyub Al-Ansari, sahabat Rasulullah SAW yang sangat dihormati dalam sejarah Islam. Kemudian masa bebas diberikan di Taksim Square dan Istiklal Street untuk membeli-belah atau mencuba makanan jalanan Turki seperti Simit. Selepas itu, bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
9HARI 9KUALA LUMPUR (MP / MOB)

Makanan: MP / MOB

KUALA LUMPUR (MP / MOB)
Tiba di Kuala Lumpur dengan membawa pulang kenangan indah dari bumi Mesir yang penuh dengan sejarah tamadun Firaun serta keindahan Empayar Uthmaniyyah di Turki. Lawatan tamat dengan pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan pergi dan balik bersama elaun bagasi
Penginapan hotel dengan sarapan setiap hari
Pengangkutan bas berhawa dingin sepanjang perjalanan
Tiket masuk ke tempat lawatan yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Makan tengah hari dan malam seperti yang dinyatakan
dalam jadual perjalanan
Tidak termasuk
Perbelanjaan peribadi dan aktiviti tambahan (optional tour)
Tipping untuk pemandu pelancong & pemandu (RM250)
Insurans perjalanan
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM 350 per person)
**Peak Season Surcharge RM500

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

9D8N 2 Empayar Mesir & Turkey

Travel DateFlightsTwin/ TripleSingleChild with bedChild no bed
4 DEC 2026TKRM 11,990RM 13,590RM 11,990RM 11,790
Harga bermulaRM10,290
Saya berminat