Dubai Trip
Kembali ke semua pakej
Group Tour

Dubai Trip

United Arab Emirates

Tour highlights

Dubai membawa anda dari bandar ke pengalaman gurun, kemudian Abu Dhabi membuka cerita seterusnya. Pilihan trip untuk menikmati beberapa suasana UAE dalam sekali bercuti.

  • City tour Dubai bertemu pengalaman desert safari dalam satu perjalanan.
  • Abu Dhabi mendapat masa lawatan tersendiri, jadi anda dapat mengenali kedua-dua bandar sepanjang trip.

Maklumat pakej

Tempoh6 hari · 4 malam
Jenis percutianGroup Tour
PenerbanganTermasuk tiket flight

Galeri perjalanan

Jadual perjalanan

1HARI 1KUALA LUMPUR – TIBA DI DUBAI (MOB/MM)

Makanan: MOB/MM

KUALA LUMPUR – TIBA DI DUBAI (MOB/MM)
Setibanya anda di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, anda akan berlepas menuju ke Dubai, kota moden yang penuh dengan keajaiban seni bina dan gaya hidup mewah. Setelah tiba, anda akan dibawa ke hotel untuk daftar masuk dan berehat. Inilah permulaan kepada pengembaraan anda di bandar metropolis padang pasir ini. Anda bermalam di Dubai, bersedia untuk meneroka keesokan harinya.
2HARI 2SEPARUH HARI DUBAI + DESERT SAFARI (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

SEPARUH HARI DUBAI + DESERT SAFARI (MP/MT/MM)
Selepas menikmati sarapan di hotel, anda akan memulakan hari dengan menaiki Abra Water Taxi, satu pengalaman klasik menyusuri sungai Dubai. Anda akan meneroka Gold Souk dan Spice Souk, pasar tradisional yang penuh warna dan aroma. Kemudian, lawatan diteruskan ke kawasan bersejarah Al Fahidi. Pada jam 3 petang, anda dibawa ke padang pasir dengan Land Cruiser untuk aktiviti Dune Bashing yang mencabar. Malamnya, anda menikmati makan malam BBQ di Desert Safari Camp, sebelum kembali ke hotel untuk bermalam.
3HARI 3LAWATAN PENUH DI DUBAI (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

LAWATAN PENUH DI DUBAI (MP/MT/MM)
Selepas bersarapan, anda akan menikmati hari yang penuh gambar menarik! Bermula dengan photo stop di Burj Al Arab, ikon kemewahan Dubai, dan bersantai di Jumeirah Beach. Kemudian bergambar di kawasan moden Dubai Marina dan Atlantis the Palm Hotel. Anda turut menaiki ke The View at The Palm untuk melihat panorama Dubai yang menakjubkan. Seterusnya, bergambar di Dubai Frame dan Museum of the Future, sebelum membeli-belah di Outlet Mall. Hari berakhir dengan bermalam di hotel Dubai.
4HARI 4LAWATAN PENUH DI DUBAI (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

LAWATAN PENUH DI DUBAI (MP/MT/MM)
Selepas sarapan, anda memulakan hari dengan photo stop di Ain Dubai, roda pemerhatian tertinggi di dunia, dan lawatan ke Bluewaters Island. Seterusnya, anda menikmati suasana tradisional moden di Madinat Jumeirah Souk. Kemudian, bergambar di Burj Khalifa, bangunan tertinggi dunia, dan berkunjung ke Dubai Mall. Jangan lepaskan photo stop di Dubai Mall Aquarium serta saksikan pertunjukan air pancut yang memukau. Makan malam di restoran sebelum berehat semula di hotel.
5HARI 5LAWATAN PENUH DI ABU DHABI (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

LAWATAN PENUH DI ABU DHABI (MP/MT/MM)
Pagi anda bermula dengan sarapan dan daftar keluar dari hotel. Perjalanan diteruskan ke Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Anda singgah di Heritage Village, destinasi budaya yang memaparkan kehidupan tradisional Emirati. Kemudian, anda meneroka dunia marin di Seaworld Abu Dhabi, taman tema yang penuh interaktif dan hidupan laut menakjubkan. Selepas makan malam di restoran, anda daftar masuk ke hotel untuk bermalam di Abu Dhabi.
6HARI 6ABU DHABI + PENGHANTARAN KE LAPANGAN TERBANG DXB (MP/MT/MM)

Makanan: MP/MT/MM

ABU DHABI + PENGHANTARAN KE LAPANGAN TERBANG DXB (MP/MT/MM)
Pagi ini, selepas sarapan dan daftar keluar dari hotel, anda akan melawat Sheikh Zayed Grand Mosque, sebuah keajaiban seni bina yang menakjubkan. Seterusnya, anda akan berhenti untuk bergambar di Emirates Palace dan melalui Presidential Palace. Satu lagi berhenti foto di Abu Dhabi Corniche memberikan pemandanganpantai yang mempesona. Anda kemudiannya pulang ke Dubai, menikmati makan malam di restoran, sebelum dipindahkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Termasuk & maklumat tambahan

Termasuk
Tiket penerbangan antarabangsa + cukai
Kadar bagasi25kg pulang
Pengangkutan peribadi
Penginapan 5 malam di hotel 3 bintang
Makanan mengikut jadual
Tiket seperti yang dinyatakan dalam jadual perjalanan
Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris
Peneman lawatan dari Malaysia
Bonus: Seaworld Abu Dhabi
Bonus: Dune Bashing
Bonus: Makan Malam di Desert Safari (satu kali)
Tidak termasuk
Tipping untuk pemandu & pemandu pelancong (RM250)
Insurans perjalanan
Visa (jika diperlukan)
Semua perbelanjaan peribadi dan perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan diatas
Bayaran porter, bayaran bagasi berlebihan & surcaj
Sebarang makanan dan minuman tambahan
Maklumat tambahan
Additional Info
There are subject to increase without notice if these airfares change substantially prior to departure. Quotation is based on current airfares and hotel rates. The company reserves the right to change its tour price without any prior notice
Tipping guide and driver (RM250 per person)
*** Surcharge PEAK SEASON (RM300 per person)

Harga & tarikh

Harga tertakluk pada tarikh dan pilihan pakej. Sila semak kekosongan dengan team kami.

Hubungi kami untuk pilihan tarikh dan harga terkini.

Harga bermulaRM7,299
Saya berminat